15
HAIWAN PELIK BERWAJAH PALING MENAKUTKAN DI DUNIA
SPESIS haiwan di
dunia ini terlalu banyak dan semakin berkembang oleh kerana pembiakan
inter-spesis dan juga proses evolusi.
Jika sebelum ini
pengetahuan kita tentang haiwan terhad kepada kucing, harimau, ular dan burung
sahaja, artikel ini akan membuka mata anda terhadap kepelbagaian spesis haiwan
yang bukan sahaja mempunyai rupa yang pelik, malah menakutkan.
Namun, rupa tidak
semestinya menggambarkan sifat yang sebenar.
Ada juga haiwan yang berupa hodoh dan menakutkan namun langsung tidak
berbahaya kepada manusia.
Jom kenali 15
haiwan berwajah paling menakutkan di bawah ini:
1.
Coconut Crab (Ketam Kelapa)
Ketam kelapa atau
coconut crab adalah sejenis ketam darat bersaiz besar yang berkemampuan
memanjat pokok, terutamanya pokok kelapa.
Bahkan, ketam ini
menjadikan buah kelapa sebagai makanannya. Kuku penyepitnya yang amat kuat itu
mampu menebuk tempurung buah kelapa.
2.
Honey Pot Ant (Semut Belanga Madu)
Semut honey pot
ini mendapat namanya kerana bentuk abdomen yang menyerupai belanga madu. Ini
menjadikan spesis ini mampu menyimpan kuantiti nutrien yang banyak di dalam
badan mereka.
Semut ini boleh
dijumpai di padang pasir Arizona atau New Mexico, Amerika Syarikat.
3.
Star Nosed Mole (Tikus Mondok Berhidung Bintang)
Tikus pelik ini
kelihatan seperti mempunyai hidung ‘berbulu’, namun sebenarnya spesis ini
mempunyai lebih daripada 25 ribu deria sensori yang sangat sensitif untuk
membantunya bergerak.
4.
Wolf Fish (Ikan Serigala)
Ikan ini tinggal
di lautan Atlantik yang sejuk. Oleh kerana rupanya yang menakutkan, spesis ini
juga dikenali sebagai ‘ikan iblis’.
Selain itu, ikan
ini boleh membesar sehingga 1 meter panjang dan berat 40 kilogram (kg).
5.
Naked Mole Rat (Tikus Mondok Bogel)
Tikus tidak
berbulu ini tinggal berkoloni bersama’permaisuri’ mereka, sama seperti semut.
Oleh kerana spesis ini langsung tidak berbulu, ia kelihatan seperti tikus
bogel.
Habitat spesis ini
adalah di dalam lubang bawah tanah sama ada di atas pergunungan atau bawah
paras laut.
6.
Poodle Moth (Kupu-Kupu Poodle)
Spesis ini baru
ditemui pada tahun 2009 dan kelihatan seakan-akan rama-rama. Kupu-kupu ini
asalnya daripada Venezuela, tetapi hidup di Antartika.
Bulu-bulu halus
yang tumbuh pada badannya itu melindungi spesis ini daripada kesejukan.
7.
Chinese Giant Salamander (Salamander Gergasi China)
Salamander gergasi
China ini rupanya seakan-akan cicak tetapi lebih besar. Ia boleh hidup di darat
dan juga di air.
Amfibia ini mampu
mencecah 1.8 meter (5.9 kaki) panjang dan 65 kilogram (140 paun) berat. Yang
lebih pelik, salamander ini mengeluarkan bunyi yang seakan-akan sama dengan
bayi menangis!
8.
Goblin Shark (Ikan Yu Goblin)
Nama spesis ini
berasal daripada legenda goblin yang dikenali sebagai makhluk yang hodoh.
Selain itu, ikan
ini mendapat namanya oleh kerana mekanisme pertahanannya yang unik, iaitu
mengeluarkan rahangnya apabila bersedia untuk menyerang mangsa.
Ikan yu ini boleh
ditemui di Lautan Pasifik atau Atlantik dan di sekitar Teluk Mexico. Yu goblin
ini juga dikenali sebagai pontianak laut dalam kerana sifatnya yang tidak
sukakan cahaya matahari.
9.
Blowfish (Ikan Buntal)
Ikan buntal ini
kebanyakannya tidaklah berbahaya, tetapi terdapat beberapa kes di mana toksin
semulajadi yang wujud di dalam badannya telah mengorbankan si pemakannya.
Bagaimanapun, ikan
buntal atau fugu ini amat terkanal dalam sajian tradisional Jepun. Oleh kerana
risikonya yang tinggi, harga ikan ini sangat mahal dan boleh mencecah ratusan
dolar sepinggan.
10.
The Giant Isopod (Isopod Gergasi)
Isopod gergasi ini
sebenarnya merupakan spesis krustasea atau bercengkerang seperti ketam dan
udang dan merupakan subspesis yang terbesar di dunia.
Habitatnya pula
adalah di lautan dalam dan boleh dijumpai di seluruh dunia. Haiwan ini
dikatakan telah hidup di muka bumi sejak 160 juta tahun lalu.
Ikan yu frilled
shark mempunyai badan seperti belut yang ‘beropol’ dan mempunyai 300 batang
gigi.
Ikan tersebut yang
wujud semenjak 80 juta tahun lampau boleh dijumpai pada ke dalaman laut 1,500
meter di Australia, New Zealand, Asia Tenggara. Afrika Barat dan Chile.
12.
Cyclops Shark (Ikan Yu Bermata Satu)
Ikan ini ditemui
di pantai Baja California Sur, Mexico. Ikan yu albino ini amat jarang ditemui,
namun daripada rupanya ia tidak kelihatan membahayakan manusia.
13.
Goliath Tigerfish (Ikan Harimau Goliath)
Spesis ini tinggal
di benua Afrika dan yang paling besar ditemui mempunyai saiz sepanjang 5 meter
dan berat 80 kg. Ikan ini menyerang apa sahaja yang ada di depan matanya, termasuklah
buaya.
14.
Lobster Moth Caterpillar (Ulat Bulu Lobster Moth)
Ulat bulu ini
boleh ditemui di selatan Britain, Eropah dan adakalanya di Asia. Makanan
kegemarannya adalah daun pokok beech, oak dan pokok-pokok lain.
Ia mendapat nama
sempena rupanya yang seakan-akan udang karang dan kupu-kupu dalam masa yang
sama.
15.
Wrinkle-Faced Bat (Kelawak Muka Kedut)
Kelawar berwajah
kedut ini boleh ditemui di Amerika Tengah. Spesis ini tidak mempunyai ekor dan
mempunyai gigi yang lebih kuat berbanding spesis kelawar lain.
–
MYNEWSHUB.CC/SK
No comments:
Post a Comment