Friday, July 21, 2017

10 SEJARAH MANUSIA PALING TINGGI DI DUNIA

10 SEJARAH MANUSIA PALING TINGGI DI DUNIA

Manusia mempunyai ketinggihan normal dalam purata 155cm iaitu dalam lingkungan 144 - 175cm bagi manusia dewasa. Namun terdapat juga manusia dalam dunia ini yang mempunai ketinggian yang agak luar biasa dan merupakan keajaiban ciptaan tuhan yang maha esa. Berikut senarai 10 manusia pelik paling tinggi di dunia.

10. Patrick Cotter O'Brien

 
Patrick Cotter yang dikenal juga dengan sebutan Bristol Giant dan Irish Giant ini merupakan manusia tertinggi yang berasal dari Ireland. Nama O'Brien yang digunakan merupakan nama dari sebuah acara sarkas. Lahir pada 19 Januari 1760, dirinya merupakan manusia pertama dalam rekod sejarah dunia mempunyai tinggi 2,44m atau lebih.

Manusia tertinggi di dunia urutan 10 ini meninggal pada 8 September 1806. Banyak orang beranggapan kematian lelaki tinggi ini disebabkan oleh gigantisme. Cotter memberikan wang sebanyak 2000 dolar kepada ibunya dan meminta agar tubuhnya dikubur di dalam batu berukuran 3,6m dan menolak tubuhnya dijadikan bahan pembelajaran.

9. Bernard Coyne
 
Menurut kad pendaftaran perang dunia pertama pada tarikh 29 Ogos 1918, manusia tertinggi di dunia ini berdaftar dengan tinggi yang mencapai 2.4 m. Menurut sumber Guinness Book of World Records, Coyne menolak proses inagurasi ketika tingginya mencapai 2,1m. Tingginya tersebut dijangka disebabkan oleh salah satu jenis penyakit gigantisme langka yang bernama Daddy Long-Legs Syndrome.

Bernard Coyne yang menjadi orang tertinggi di dunia pada masa itu meninggal dunia di usia yang sangat muda 23 tahun pada tarikh 20 Mei 1921. Tinggi terakhir yang tercatat ketika dia meninggal adalah 2,49m. Namun banyak orang yang percaya bahawa tingginya mencapai 2,54m.

8. Don Koehler
Lelaki yang dilahirkan pada tarikh 1 September 1925 ini tercatat sebagai manusia tertinggi sekurang-kurangnya pada tahun 1969 hingga ajal menjemputnya pada 26 Februari 1981. Berkat penyakit Acromegalic Gigantism yang dialami oleh Koehler membuat tubuhnya menjadi sangat tinggi melewati tinggi tubuh manusia pada umumnya. Penyakit tersebut membuat dirinya mempunyai tubuh dengan tinggi yang mencapai 2,49m.

Menjelang akhir hidupnya, Koehler mengalami suatu penyakit bernama kyphosis. Kyphosis merupakan suatu keadaan di mana tulang belakang mengalami kelainan sehingga mengakibatkan badan jadi bongkok. Koehler tutup usia pada tahun 1981 di Chicago kerana keadaan jantungnya yang buruk. Tinggi pada saat ia meninggal tercatat mengalami penurunan dari 2,49m menjadi 2,39m.

7. Vikas Uppal
 

Vikas Kumar "Vicky" Uppal lahir pada tahun 1986 dan merupakan orang tertinggi di dunia yang berasal dari India. Selama dirinya hidup, tidak ada orang lain di India yang mampu mengalahkan tinggi tubuhnya yang diketahui mencapai 2,51m. Ketika umurnya mendekati 20, rediff.com melaporkan bahawa tinggi Uppal bertambah menjadi 2,70m.

Mengenai tinggi Uppal, banyak orang yang meragukan apakah tingginya 2,7m atau 2,4m. Malangnya Guinness Book of Records belum sempat mengukur tinggi sebenarnya dari lelaki asal India ini.

6. Sultan Kosen
 


Adalah seorang petani asal Turki yang tercatat dalam Guinness Book of Records sebagai salah satu manusia tertinggi di dunia dengan tinggi badan mencapai 2,51m. Pada 25 Ogos 2009, tinggi Kosen yang mencapai 2,46m mengalahkan tinggi Bao Xishun yang hanya 2,36m. Selain memegang rekod sebagai salah satu manusia yang paling tinggi di dunia. Kosen juga memegang rekod sebagai manusia dengan saiz tangan paling besar 27,5cm dan juga rekod kaki terbesar 36.5 cm.

Tinggi tubuhnya yang luar biasa tersebut menyebabkan tumbuhnya sebuah tumor yang menyerang kelenjar di bawah otak. Tumor tersebut mengakibatkan dirinya harus berjalan dengan menggunakan alat bantu.

5. Edouard Beaupre

Tidak hanya dikenali sebagai salah satu orang tertinggi di dunia, Beaupre juga dikenali sebagai ahli gusti paling tinggi dan kuat di sejarah pada masa itu. Berkat tingginya yang jauh melebihi manusia normal, dirinya menjadi sangat terkenal dan bergabung dengan sebuah pasukan sarkas Barnum and Bailey 's Circus. Dirinya pun menjadi pusat tarikan dari sarkas tersebut.
Beaupre menutup usianya pada 3 Julai 1904 di sebuah rumah sakit bernama St. Louis. Pada akhir hidupnya tersebut dirinya mencatatkan diri dalam buku Guinness sebagai salah satu manusia yang paling tinggi di dunia dengan tingginya yang mencapai 2,52m.

4. Vaino Myllyrinne

 
Vaino Myllyrinne dikenali oleh banyak orang sebagai salah satu orang tertinggi di dunia yang hidup di tahun 1940 sampai dengan 1963. Di umurnya yang 30an, tingginya tercatat mencapai angka yang hebat yakni 2,51m. Lahir di Helsinki pada 27 Februari 1909, Vaino Myllyrinne merupakan lelaki yang menderita Acromegalic Giant namun penyakitnya tersebut malah membuat dirinya menjadi terkenal.

Selama hidupnya Myllyrinne pernah mengikuti latihan tentera di tahun 1929. Di tahun 1930, dirinya pergi ke Eropah dan cuba kerjaya sebagai ahli gusti dan pemain sarkas. 1939 dirinya kembali ke Finland dan bertugas pasukan Finland. 1946 dirinya mula bekerja sebagai penternak di Järvenpää. Myllyrinee menutup usianya di tahun 1963.

3. Leonid Stadnyk


Sebagai salah satu manusia tertinggi di dunia dengan tinggi 2,54m yang lahir 5 Ogos 1970 di Ukraine. Tingginya yang tidak normal ini awalnya disebabkan setelah dirinya menjalani satu pembedahan otak ketika umurnya baru 14 tahun. Operasi otak tersebut mengakibatkan munculnya tumor di kelenjar otaknya sehingga menghasilkan hormon pertumbuhan yang tidak terkawal. Hal tersebut mengakibatkan dirinya menderita Acromegalic Gigantism.

Walaupun dikenali sebagai salah satu manusia tertinggi di dunia, Stadnyk menolak namanya dimasukan ke dalam buku rekod Guinness. Hanya buku rekod Ukraine saja yang mencatat rekod lelaki tertinggi di dunia ini. Menurut buku rekod Ukrain tersebut, Stadnyk mempunyai tinggi badan mencapai 2,57m.

2. John Rogan


 
John William Rogan lahir pada 16 Februari 1865. Namanya tercatat dalam buku rekod sebagai salah satu manusia tertinggi di dunia dengan tinggi badan yang mencapai 2,44m. Pertumbuhan tinggi Rogan yang tidak biasa normal membuatnya menderita penyakit Ankylosis, sebuah penyakit dimana sendi di bahagian tubuh kaku dan sukar untuk digerakkan.

Menjelang ajalnya, tubuh Rogan tidak berhenti tumbuh hingga akhirnya tingginya mencapai 2,67m. Dengan tinggi tersebut menjadikan dirinya sebagai orang Afrika tertinggi sepanjang sejarah. Meninggal dunia pada 12 September 1905 kerana komplikasi dari Ankylosis yang dideritanya. Kemudian mayatnya dikebumikan dalam kubur khusus untuk mencegah ada cubaan ujikaji dibuat ke atas mayatnya.

1. Robert Wadlow


Inilah pemegang rekod manusia tertinggi di dunia dengan tinggi 2,72m. Lahir pada 22 Februari 1818, Wadlom juga dikenali dengan nama Alton Giant dan Giant of Illinois. Pertumbuhan tinggi badannya tersebut disebabkan kerana Hyperlasia, suatu penyakit yang menyerang kelenjar otak. Hyperlasia tersebutlah yang mengakibatkan homon pertumbuhan dalam tubuh Wadlow menjadi tak terkawal.

Robert Wadlow meninggal di usia yang muda iaitu 22 tahun kerana penyakit yang menyerang sistem kekebalan tubuhnya. Keadaannya yang makin parah tersebut membuatnya menghembuskan nafas terakhir pada 15 July 1940. Kemudian dirinya dikebumikan di Oakwood Cemetery, Illinois.




No comments:

Post a Comment