10 SEJARAH MANUSIA PALING TINGGI DI DUNIA
Manusia mempunyai
ketinggihan normal dalam purata 155cm iaitu dalam lingkungan 144 - 175cm bagi
manusia dewasa. Namun terdapat juga manusia dalam dunia ini yang mempunai
ketinggian yang agak luar biasa dan merupakan keajaiban ciptaan tuhan yang maha
esa. Berikut senarai 10 manusia pelik paling tinggi di dunia.
10.
Patrick Cotter O'Brien
Patrick Cotter
yang dikenal juga dengan sebutan Bristol Giant dan Irish Giant ini merupakan
manusia tertinggi yang berasal dari Ireland. Nama O'Brien yang digunakan
merupakan nama dari sebuah acara sarkas. Lahir pada 19 Januari 1760, dirinya
merupakan manusia pertama dalam rekod sejarah dunia mempunyai tinggi 2,44m atau
lebih.
Manusia tertinggi
di dunia urutan 10 ini meninggal pada 8 September 1806. Banyak orang
beranggapan kematian lelaki tinggi ini disebabkan oleh gigantisme. Cotter
memberikan wang sebanyak 2000 dolar kepada ibunya dan meminta agar tubuhnya
dikubur di dalam batu berukuran 3,6m dan menolak tubuhnya dijadikan bahan
pembelajaran.
9.
Bernard Coyne
Menurut kad
pendaftaran perang dunia pertama pada tarikh 29 Ogos 1918, manusia tertinggi di
dunia ini berdaftar dengan tinggi yang mencapai 2.4 m. Menurut sumber Guinness
Book of World Records, Coyne menolak proses inagurasi ketika tingginya mencapai
2,1m. Tingginya tersebut dijangka disebabkan oleh salah satu jenis penyakit
gigantisme langka yang bernama Daddy Long-Legs Syndrome.
Bernard Coyne yang
menjadi orang tertinggi di dunia pada masa itu meninggal dunia di usia yang
sangat muda 23 tahun pada tarikh 20 Mei 1921. Tinggi terakhir yang tercatat
ketika dia meninggal adalah 2,49m. Namun banyak orang yang percaya bahawa
tingginya mencapai 2,54m.
8.
Don Koehler
Lelaki yang
dilahirkan pada tarikh 1 September 1925 ini tercatat sebagai manusia tertinggi
sekurang-kurangnya pada tahun 1969 hingga ajal menjemputnya pada 26 Februari
1981. Berkat penyakit Acromegalic Gigantism yang dialami oleh Koehler membuat
tubuhnya menjadi sangat tinggi melewati tinggi tubuh manusia pada umumnya.
Penyakit tersebut membuat dirinya mempunyai tubuh dengan tinggi yang mencapai
2,49m.
Menjelang akhir
hidupnya, Koehler mengalami suatu penyakit bernama kyphosis. Kyphosis merupakan
suatu keadaan di mana tulang belakang mengalami kelainan sehingga mengakibatkan
badan jadi bongkok. Koehler tutup usia pada tahun 1981 di Chicago kerana
keadaan jantungnya yang buruk. Tinggi pada saat ia meninggal tercatat mengalami
penurunan dari 2,49m menjadi 2,39m.
7.
Vikas Uppal
Vikas Kumar
"Vicky" Uppal lahir pada tahun 1986 dan merupakan orang tertinggi di
dunia yang berasal dari India. Selama dirinya hidup, tidak ada orang lain di
India yang mampu mengalahkan tinggi tubuhnya yang diketahui mencapai 2,51m.
Ketika umurnya mendekati 20, rediff.com melaporkan bahawa tinggi Uppal
bertambah menjadi 2,70m.
Mengenai tinggi
Uppal, banyak orang yang meragukan apakah tingginya 2,7m atau 2,4m. Malangnya
Guinness Book of Records belum sempat mengukur tinggi sebenarnya dari lelaki
asal India ini.
6.
Sultan Kosen
Adalah seorang
petani asal Turki yang tercatat dalam Guinness Book of Records sebagai salah satu
manusia tertinggi di dunia dengan tinggi badan mencapai 2,51m. Pada 25 Ogos
2009, tinggi Kosen yang mencapai 2,46m mengalahkan tinggi Bao Xishun yang hanya
2,36m. Selain memegang rekod sebagai salah satu manusia yang paling tinggi di
dunia. Kosen juga memegang rekod sebagai manusia dengan saiz tangan paling
besar 27,5cm dan juga rekod kaki terbesar 36.5 cm.
Tinggi tubuhnya
yang luar biasa tersebut menyebabkan tumbuhnya sebuah tumor yang menyerang
kelenjar di bawah otak. Tumor tersebut mengakibatkan dirinya harus berjalan
dengan menggunakan alat bantu.
5.
Edouard Beaupre
Tidak hanya
dikenali sebagai salah satu orang tertinggi di dunia, Beaupre juga dikenali
sebagai ahli gusti paling tinggi dan kuat di sejarah pada masa itu. Berkat
tingginya yang jauh melebihi manusia normal, dirinya menjadi sangat terkenal
dan bergabung dengan sebuah pasukan sarkas Barnum and Bailey 's Circus. Dirinya
pun menjadi pusat tarikan dari sarkas tersebut.
Beaupre menutup
usianya pada 3 Julai 1904 di sebuah rumah sakit bernama St. Louis. Pada akhir
hidupnya tersebut dirinya mencatatkan diri dalam buku Guinness sebagai salah
satu manusia yang paling tinggi di dunia dengan tingginya yang mencapai 2,52m.
4.
Vaino Myllyrinne
Vaino Myllyrinne
dikenali oleh banyak orang sebagai salah satu orang tertinggi di dunia yang
hidup di tahun 1940 sampai dengan 1963. Di umurnya yang 30an, tingginya
tercatat mencapai angka yang hebat yakni 2,51m. Lahir di Helsinki pada 27
Februari 1909, Vaino Myllyrinne merupakan lelaki yang menderita Acromegalic
Giant namun penyakitnya tersebut malah membuat dirinya menjadi terkenal.
Selama hidupnya
Myllyrinne pernah mengikuti latihan tentera di tahun 1929. Di tahun 1930,
dirinya pergi ke Eropah dan cuba kerjaya sebagai ahli gusti dan pemain sarkas.
1939 dirinya kembali ke Finland dan bertugas pasukan Finland. 1946 dirinya mula
bekerja sebagai penternak di Järvenpää. Myllyrinee menutup usianya di
tahun 1963.
3.
Leonid Stadnyk
Sebagai salah satu
manusia tertinggi di dunia dengan tinggi 2,54m yang lahir 5 Ogos 1970 di
Ukraine. Tingginya yang tidak normal ini awalnya disebabkan setelah dirinya
menjalani satu pembedahan otak ketika umurnya baru 14 tahun. Operasi otak
tersebut mengakibatkan munculnya tumor di kelenjar otaknya sehingga
menghasilkan hormon pertumbuhan yang tidak terkawal. Hal tersebut mengakibatkan
dirinya menderita Acromegalic Gigantism.
Walaupun dikenali
sebagai salah satu manusia tertinggi di dunia, Stadnyk menolak namanya
dimasukan ke dalam buku rekod Guinness. Hanya buku rekod Ukraine saja yang
mencatat rekod lelaki tertinggi di dunia ini. Menurut buku rekod Ukrain
tersebut, Stadnyk mempunyai tinggi badan mencapai 2,57m.
2.
John Rogan
John William Rogan lahir pada 16 Februari 1865. Namanya tercatat dalam
buku rekod sebagai salah satu manusia tertinggi di dunia dengan tinggi badan
yang mencapai 2,44m. Pertumbuhan tinggi Rogan yang tidak biasa normal membuatnya
menderita penyakit Ankylosis, sebuah penyakit dimana sendi di bahagian tubuh
kaku dan sukar untuk digerakkan.
Menjelang ajalnya,
tubuh Rogan tidak berhenti tumbuh hingga akhirnya tingginya mencapai 2,67m.
Dengan tinggi tersebut menjadikan dirinya sebagai orang Afrika tertinggi
sepanjang sejarah. Meninggal dunia pada 12 September 1905 kerana komplikasi
dari Ankylosis yang dideritanya. Kemudian mayatnya dikebumikan dalam kubur
khusus untuk mencegah ada cubaan ujikaji dibuat ke atas mayatnya.
1.
Robert Wadlow
Inilah pemegang
rekod manusia tertinggi di dunia dengan tinggi 2,72m. Lahir pada 22 Februari
1818, Wadlom juga dikenali dengan nama Alton Giant dan Giant of Illinois.
Pertumbuhan tinggi badannya tersebut disebabkan kerana Hyperlasia, suatu
penyakit yang menyerang kelenjar otak. Hyperlasia tersebutlah yang
mengakibatkan homon pertumbuhan dalam tubuh Wadlow menjadi tak terkawal.
Robert Wadlow
meninggal di usia yang muda iaitu 22 tahun kerana penyakit yang menyerang
sistem kekebalan tubuhnya. Keadaannya yang makin parah tersebut membuatnya
menghembuskan nafas terakhir pada 15 July 1940. Kemudian dirinya dikebumikan di
Oakwood Cemetery, Illinois.